Sekadar Sedikit Khabar Penulis

Assalammualaikum semua!

ya saya tahu, dah separuh bulan berlalu namun blog cik penulis ini masih tidak berupdate. T_T blog ini dah bersawang dan sepi tanpa cinta cerita.

Maafkan AK, AK sedang diserang penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Menulis. apa tu? simptom-simptom dia adalah seperti berikut :-

  • Setiap kali nak menulis, otak jadi blank
  • Lebih rela tidur dari menulis
  • dalam otak ada idea, bila nak tulis, tak nak keluar idea. arghhh!
  • idea ada, tapi mood tak ada, xboleh jalan jugak. haih!
Hahaha. ok-ok. tidak molek jika AK tunjukkan sangat penyakit ni, nanti hilang respek orang dekat AK. heheh. maka dengan ini, AK mengharapkan doa dari pembaca supaya AK cepat-cepat sembuh. amin!


Ok, hari ini AK update sekadar untuk mengwar-warkan bahawa bagi sesiapa yang mencari novel Love You Mr Arrogant tapi tidak ketemu di kedai-kedai buku berdekatan anda, InsyaAllah novel LYMA sedang dalam proses cetakan semula, dan dalam minggu depan, akan di stok semula di kedai-kedai buku berhampiran anda. harap bersabar ya!

sayang semua ketat-ketat.

eh ok, AK nak cari ketenangan ni. phewwww!

Sekadar Sedikit Khabar Penulis Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Nyolong film

0 komentar:

Posting Komentar